
Maklumat Produk
| Nama | Susu Tepung Bayi |
| Jenama | Biomil |
| Kategori | Susu Tepung Untuk Membesar |
| Status Semulajadi | Susu Lembu Dari New Zealand |
| Kandungan | Susu tepung yang dipastuer dan ditambah kombinasi khas Garamtisu Schuessler sesuai untuk perkembangan minda dan fizikal bayi |
| Rupabentuk | Tepung susu berwarna kuning cerah dan mudah larut |
| Kesesuaian | Bayi berumur 1 tahun ke atas |
Penyediaan: 4 Scoop (30gm) untuk 200ml, Air Masak Suam, 3 - 4 Jamuan Sehari
** Tidak sesuai kepada bayi dibawah 6 bulan.
Kebaikan Garamtisu Schuessler Di Dalam Biomil
- Kecergasan dan kecerdasan
- Mencegah gangguan kesihatan, demam, selsema, batuk dan ruam
- Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi
- Membuang bahan toksik dalam badan
- Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan
- Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan
- Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental
Kalsium
- Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium
- Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang dan gigi
- Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf
- Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitifdan delusi
- Melaraskan rentak jantung
- Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg-800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium
- National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah
- Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang
Vitamin D
- Menguatkan tulang dan gigi
- Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)
Vitamin B12
- Dianggarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini
Fosforus
- Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi
- 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi
Sumbangan Biomil Kepada Kecemerlangan Minda Si Manja 1. Mencerdaskan Akal
- Dengan kebaikan fosfat-fosfat kalsium dan magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. menurut Prof Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang kurang bijak.
2. Menguatkan Ingatan
- Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis Prof Dr Azizan Hj Ismail, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu kalsium fosfat, kalium fosfat dan magnesium fosfat. Rumusan istimewa kalsium fosfat dan magnesium fosfat terkandung dalam khasiat-khasiat penting Biomil.
3. Menambah Tenaga Mental
- Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindakbalas kimia, sama seperti "rechargeable battery". Tenaga kimia yang terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia.
Dr David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa disertai dengan khasiat-khasiat bahan kimia tertentu seperti kalsium, kalium, magnesium dan fosforus.
Harga
| Semenanjung Malaysia | Sabah/Sarawak | |||
| Biomil (Tin) | RM38.50 | Biomil (Tin) | RM43.50 | ![]() |
| Biomil (Softpack) | RM13.50 | Biomil (softpack) | RM18.50 | ![]() |
| Alpha Lipid Lifeline™< Prev |
|---|

